Bonus dengan Takaful Health !!!

Takaful Health – Sick? We Cover. Healthy? we Reward !!! Dapatkan bonus tiada tuntutan dengan Takaful Health...

Takaful Puteri

by Fendy on February 7, 2009

HAYATI LAH HIDUP ANDA HARI INI DENGAN KEBEBASAN SEPENUHNYA!!!!!

Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

RM 50,000 > RM100,000 > RM150,000

Pelan Takaful Puteri menawarkan :

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

table plan

manfaat wanita

manfaat ibu mengandung

Nota : Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.


Unique visitors to post: 145

{ 4 comments… read them below or add one }

Mohd Iqbal Supeki February 23, 2009 at 3:44 am

Boleh tahu berapa jumlah RM yg perlu dicarum utk Pelan 1 – 3 utk Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus ?

Reply

admin April 28, 2009 at 12:46 am

saya dah email pada saudara.. terima kasih

Reply

mary July 9, 2009 at 5:21 pm

Kalau i tukar dr takaful saver ke takaful puteri, adakah i dpt cover dr penyakit2 lain..?

Reply

Fendy July 10, 2009 at 1:37 am

cik mary,

biasanya, peserta prubsn takaful ada takafulink plan, takaful saver dan takaful puteri..
jika cik ingin menukar dari takaful saver ke takaful puteri.. xde effek dengan takafulink plan(yg cover semua manfaat kematian, penyakit kritikal,kemalangan dan medical card)…perlindungan tetap sama, cuma saving yg cik buat sblom ni dah xde la lepas bertukar ke takaful puteri..
takaful saver untuk simpanan, takaful puteri untuk perlindungan.. bergantung pada apa yg kita perlu…
tepuk dada tanya selera… :)

Reply

Leave a Comment

Previous post: Langkah-langkah Pembayaran Online di Maybank 2U

Next post: PELAN PRUDENTIAL TAKAFULINK AKAUN 3 DALAM 1