Bonus dengan Takaful Health !!!

Takaful Health – Sick? We Cover. Healthy? we Reward !!! Dapatkan bonus tiada tuntutan dengan Takaful Health...

Takaful Mediassist – Medical Card

by Fendy on October 30, 2009

medical card

Tahukah anda bahawa perlindungan kesihatan adalah satu komponen yang utama bagi sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Dengan kos rawatan yang sentiasa meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang, maka anda sudah tentu memerlukan perlindungan kewangan untuk menghadapinya.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka. Bagaimana kalau mereka mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Adakah mereka boleh keluar dengan membawa pelan perlindungan dari majikan lama bersama mereka.

Ada yang tidak menyedari akan kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital!

Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Malah seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat dirumah.

Di PruBSN, kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.

bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda dimasukkan ke mana-mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital.. Hebat bukan???

MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama Pelan Takafulink anda. Kelebihan MMC ialah…

  • Had tahunan yang tinggi.
  • Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Wealth Planner anda).
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Jaminan pembaharuan.
  • Tiada jadual pembedahan yang terhad.
  • Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.
  • Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.
  • Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).
  • Penjagaan jururawat di rumah.
  • Pembedahan balik hari.
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
  • Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang.
  • Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan.

sebagai tambahan, anda akan diberi kad takaful MediAssist, yang member perkhidmatan 24 jam, di seluruh dunia dan bantuan perubatan kecemasan.
Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta ekslusif di seluruh Malaysia.

Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan. tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas penerimaan.

Perlindungan bagi penyakit-penyakit berikut adalah selepas 120 hari selepas penerimaan :

  • Batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu.
  • Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
  • Diabetes mellitus.
  • Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah.
  • Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil.
  • Hernia, buasir atau fistula.
  • Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin.

Pengendali takaful tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud secara lansung atau tidak lansung sekiranya keadaan ini tidak didedahkan di dalam borang cadangan.

jika anda menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari setiap perjalanan.


Unique visitors to post: 553

{ 11 comments… read them below or add one }

zul April 29, 2009 at 10:22 am

bukan lifetime limit 500 ribu ker? kenapa sini masih 150 ribu limit.

Reply

Fendy June 30, 2009 at 10:54 pm

lifetime telah pun meningkat kepada RM500 ribu untuk plan 1, 750 ribu untuk plan 2, 1 Juta untuk plan 3 dan 1.5 juta untuk plan 4..
saya akan update carta ni secepat mungkin..
terima kasih atas peringatan

Reply

adeqbossan January 5, 2010 at 3:08 am

Saya merupakan kakitangan kerajaan (PDRM) sudah pun 4thn…Saya tidak mempunyai apa2 penyakit dan sihat 100%..Sejak umur meningkat 28thn ni..Saya sering di nasihatkan oleh rakan-rakan supaya mengambil insurans nyawa atau kesihatan..tetapi saya masih was2 ekoran beberapa kes yg melibatkan pampasan bagi warga PDRM…plan apa yang sesuai bagi saya dan dari segi kesihatan dan nyawa..? (harga Berpatutan)

Reply

Fendy February 8, 2010 at 2:10 am

prubsn takaful cuma ada satu plan untuk semua. ini contoh plan lengkap prubsn…http://www.takafulbsn.com/contoh-plan-takaful/
masalah yg melibatkan pampasan dari pihak insuran akan berlaku jika peserta tidak mengistiharkan description pekerjaan dengan betul. sebagai contoh…

1- polis yg terlibat dengan senjata api-bahagian jenayah, tapi mengistihar hanya polis peronda yg kerjanya kurang merbahaya..
apabila berlaku kejadian seperti ditembak penjenayah akibat dari serbuan ke markas penjahat. maka pihak insuran tidak akan membayar pampasan akibat dari penipuan yg berlaku.

*ini sering berlaku kerana premium bulanan untuk polis peronda adalah lebih murah jika dibandingkan dengan polis bahagian jenayah. kerana faktor risiko…

Reply

adeqbossan January 5, 2010 at 3:27 am

Berapa caruman Plan MEDIA ASSIST ini sebulan…? adakah ia berbentuk simpanan jg…?

Reply

Fendy February 8, 2010 at 1:28 am

minimum Rm100, bergantung pada umur, jenis pekerjaan, status merokok dan status kesihatan..

Reply

Alihuddin Junus January 6, 2010 at 5:04 pm

ingin tahu sekiranya prospek telah memperolehi TH kad adakah ia perlu menaruh apa2 deposit sebelum kemasukan kehospital.tq

Reply

Fendy January 8, 2010 at 4:34 pm

deposit hospital adalah bergantung pada hospital dan akan dikenakan pada semua pesakit tak kira pemegang medical card atau tidak..
dan deposit akan dipulangkan balik kepada pesakit selepas keluar dari hospital. deposit hospital adalah diluar kawalan pihak insuran/takaful…
harap jelas.. TQ :)

Reply

wiizau February 8, 2010 at 12:32 am

sekadar ingin tahu, bolehke claim dibuat untuk bil2 klinik atau hospital (rawatan pesakit luar) dengan Pelan PruBsn Takaful?..

Reply

Fendy February 8, 2010 at 1:20 am

untuk rawatan pesakit luar. hanya kos rawatan yg disebabkan oleh kemalangan sahaja akan dicover.
ini termasuk lah seperti luka2 kecil, bengkak, lebam atau lain2 sakit yg diakibatkan oleh kemalangan..
penyakit2 seperti demam selsema atau sebarang penyakit yg bukan diakibatkan dari kemalangan adalah tidak dicover kecuali… untuk situasi2 berikut..
1- demam/selsema masih berlarutan sehingga perlu dimasukkan ke wad.
secara automatiknya, bil2 yg tak dicover tadi boleh diclaim..

2- setelah keluar wad akibat pembedahan, demam/pening akibat dari pembedahan td. caj untuk demam/pening ni td juga boleh claim.

Reply

Joe April 13, 2010 at 12:38 pm

PruBsn ada tak medical card cover the whole family. Kalau ada berapa byrn .TQ

Reply

Leave a Comment

Previous post: Medical card Prubsn Takaful cover H1N1 !!!

Next post: Takaful Health – Sick?We Cover.Healthy?we Reward.