Bonus dengan Takaful Health !!!

Takaful Health – Sick? We Cover. Healthy? we Reward !!! Dapatkan bonus tiada tuntutan dengan Takaful Health...

Takaful Health-Polisi Takaful Health sedia bonus

by Fendy on November 19, 2009

Bonus

Pelancaran Takaful health dari PruBSN Takaful telah di umumkan dalam akhbar-akhbar utama negara. Disini saya pastekan petikan dari berita harian. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pelan Takaful Health, sila kemukakan soalan anda terus ke email saya atau boleh tinggalkan komen di artikel ni. selamat membaca dan selamat bertakaful… :)

Polisi Takaful Health sedia bonus
Oleh Che Wan Badrul Alias
chewan@bharian.com.my

PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenalkan pelan insurans perubatan terbarunya, Takaful Health, yang menawarkan bonus antara RM100 hingga RM500 setahun kepada pelanggan yang tidak membuat tuntutan perubatan sepanjang tahun.
Ketua Operasinya, Azmin Mithani, berkata pelan yang pertama kali diperkenalkan dalam industri Takaful Malaysia, itu akan memberikan lebih tambah nilai kepada pengguna untuk menikmati ganjaran daripada pelaburan mereka, walaupun dalam keadaan sihat.

Bergantung kepada pelan pilihan pengguna, katanya, jumlah bonus tahunan itu akan terus dimasukkan ke dalam akaun pengguna dalam bentuk tunai setiap tahun apabila tiada tuntutan dibuat.

Beliau berkata, Takaful Health adalah produk yang membayar pelanggan untuk menggalakkan mereka menjaga kesihatan dan pada masa sama melindungi pelanggan ketika sakit. “Sejak Takaful Health mula dijual 12 November lalu, kami menerima maklum balas menggalakkan daripada pengguna dan ia dijangka memberi sumbangan ketara kepada pendapatan syarikat tahun ini,” katanya sele-pas pelancaran Takaful Health di Kuala Lumpur, semalam.

Takaful Health menyediakan lima pelan insurans perubatan iaitu TH100, TH150 TH200, TH300, TH400 dan TH500 untuk dilanggani pengguna seawal usia setahun hingga 60 tahun menerusi premium minimum RM100 hingga RM500.

Ia menawarkan had perlindungan perubatan tahunan antara RM50,000 sehingga RM150,000, mengikut pelan yang dipilih pengguna dengan perlindungan sehingga usia 80 tahun. Azmin berkata, Takaful Health bagi TH200, TH300 dan TH400 juga dirangkasupaya pengguna boleh meningkatkan had perlindungan tahunan sehingga 10 kali ganda, mengikut tuntutan yang diperlukan bagi perlindungan di luar jangka. Katanya, sebagai ciri tambahan lain, produk ini juga boleh dilampirkan bersama pelan lain yang berkaitan, khususnya untuk pelaburan atau pendidikan seperti pelan Takafulink atau Takafulink Cerdik.

Turut hadir Ketua Pegawai Pengagihan Prudential BSN Takaful, Wan Azman Wan Mamat.
Sementara itu, Ketua Pembangunan Produk PruBSN, Zailan Arshad, berkata pihaknya mensasarkan untuk meluaskan rangkaian hospital panel tahun depan meliputi luar Lembah Klang, khususnya di pantai timur.
Katanya, usaha penambahan jumlah hospital panel berbanding 35 hospital ketika ini adalah sebahagian langkah untuk menarik lebih ramai pengguna produk PruBSN.

Beliau berkata, sehingga kini syarikat mempunyai kira-kira 300,000 pelanggan dan jumlah itu dijangka meningkat tahun depan apabila syarikat meluaskan rangkaian hospital panel di seluruh negara.

“Kami lebih menumpukan hospital di kawasan yang ramai pelanggan dan mencapai spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.

sumber: berita harian


Unique visitors to post: 274

{ 3 comments… read them below or add one }

Alihuddin Junus January 6, 2010 at 4:45 pm

ingin tahu sekiranya prospek mengambil TH Kad adakah ia perlu membayar pendahuluan semasa hendak masuk kehospital,tq

Reply

Fendy January 7, 2010 at 10:54 am

deposit hospital adalah bergantung pada hospital dan akan dikenakan pada semua pesakit tak kira pemegang medical card atau tidak..
dan deposit akan dipulangkan balik kepada pesakit selepas keluar dari hospital. deposit hospital adalah diluar kawalan pihak insuran/takaful…
harap jelas.. TQ :)

Reply

Bae January 17, 2010 at 11:41 am

Saya dalam proses utk membeli medical card, saya daoati caruman untuk PRU medical card agak tinggi berbanding takaful ikhlas pada entry age yang same dan benefit yang lebih kurang sama jgak. Boleh terangkan, mungkin ada yang saya kurang faham?

Reply

Leave a Comment

Previous post: Takaful Health – Sick?We Cover.Healthy?we Reward.

Next post: Selamat Hari Raya… Maaf Zahir dan Batin ~ !!!